Muhyiddin Takut Hantu dan Jembalang, Pengundi Hantu Tiada Masalah


Penduduk Sarawak perlu menolak ‘hantu dan jembalang’ yang datang dalam jumlah yang besar dari Semenanjung ke negeri ini semasa pilihan raya negeri yang akan datang. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana golongan ini boleh menggugat keharmonian dan perpaduan kaum sedia ada, yang menjadi asas terpenting kepada kestabilan politik.

Muhyiddin berkata hantu dan jembalang itu akan berbuat apa sahaja untuk memperdayakan rakyat supaya menyokong pembangkang. Kami bimbang sekiranya rakyat membenarkan diri mereka diperdayakan, tahap pembangunan akan menjadi perlahan. Pakatan Rakyat bukanlah pakatan sebenar. Mereka hanyalah pakatan longgar yang tidak mempunyai program atau rancangan sebenar untuk membantu. Yang mereka ada hanyalah retorik dan janji.
 
Beliau berkata, PKR kini lebih dikenali sebagai ‘Parti Kian Runtuh’ dengan pemimpin dan penyokongnya keluar dari parti itu setiap hari. DAP dan Pas mempunyai ideologi yang berbeza dan bercanggah. Sebaliknya, BN dengan 13 rakan politik yang berlainan mempunyai ideologi tunggal untuk berkongsi kuasa untuk membantu dan berkhidmat kepada rakyat.

P/s: Bodohnya minda seperti Muhyiddin. Kalau betul UMNO/BN itu telus, mengapa takut sangat dengan Pakatan Rakyat sehingga jadikan Pakatan Rakyat sebagai Hantu dan Jembalang. Kalau macam itu, kita gelarkan UMNO/BN sebagai Syaitan dan Iblis. Mengapa? Sebab tolak agama dan suka seks.

Kebodohan Muhyiddin sama seperti pemimpin UMNO/BN yang lain. Bagi mereka, pengundi hantu itu sah dan halal disisi UMNO/BN tetapi haram bagi Pakatan Rakyat dan sememangnya Pakatan tetap akan kata itu haram dan tidak perlu keluar dari mulut Muhyiddin ini.


0 Responses So Far: