Kerusi Bakal Untuk Pakatan Rakyat



Kajian Merdeka Review

Kajian Merdeka Review menyenaraikan kerusi-kerusi yang disandang BN, tetapi besar kemungkinan ditembusi Pakatan Rakyat atau pembangkang pada PRN Sarawak ini. 

Kerusi BN yang mungkin dirampas Pakatan Rakyat menurut Merdeka Review itu, ialah:

N24 Beting Maro (Parlimen: Batang Lupar)

Mungkinkah ia menjadi kerusi Dun pertama yang dimenangi PAS di Sarawak? Dalam PRN Sarawak 2006, PAS hanya tewas dengan perbezaan 896 undi. Calon PBB Bolhassan bin Di @ Ahmad Di memperolehi 2,796 undi, sementara calon PAS Alem bin Din mendapat 1,901 undi.

Kali ini, Abang Ahmad Kerdee Abang Masadus menyarung jersi PAS dalam percubaannya untuk membuka lembaran baru dalam sejarah PAS di Bumi Kenyalang. Beliau berdepan dengan Razali Ghapor dari PBB.

N30 Saribas (Parlimen: Betong)

PBB hanya menang dengan majoriti 94 undi dalam PRN Sarawak 2006, menewaskan calon PKR Abang Zulkifli bin Abang Engkeh. Abang Zulkifli bertanding semula di kawasan ini, berdepan dengan calon PBB Ricky @ Mohammad Razi Sitam.

N20 Sadong Jaya (Parlimen: Batang Sadong)

Calon PKR tewas dalam PRN Sarawak 2006 dengan hanya perbezaan 858 undi, kepada calon PBB. Kali ini, PKR memberi laluan kepada calon PAS, Abang Eddy Allyanny untuk bertanding kawasan Dun ini dengan cara menukar kerusi Senadin. Abang Eddy berdepan dengan Aidel Lariwoo dari PBB dan calon Bebas Mahayudin bin Wahab.

N25 Balai Ringin (Parlimen: Sri Aman)

Perang tiga penjuru dalam PRN Sarawak 2006 menyaksikan pertembungan antara calon PRS, SNAP dan Bebas. Seandainyn dijumlahkan undi yang diperolehi calon SNAP (1559 undi) dan bebas (742 undi), maka PRS-BN hanya menang dengan lebihan 774 undi.

Kali ini, pertandingan tiga penjuru digandakan, antara calon PRS Snowdan Lawan, calon PKR Ibi anak Uding, dan calon SNAP Dan Giang, Lipeh anak Mawi (PCM), Cobbold Ak Lusoi (bebas) dan Suji anak Gansi (bebas).

N28 Engkelili (Parlimen: Lubok Antu)

Calon SNAP Johnichal Rayong Anak Ngipa berjaya menewaskan Jonathan Krai Pilo dengan majoriti 426 undi dalam PRN Sarawak 2006. Bagaimana pun, Johnichal kemudiannya menyertai BN menjurus kepada kehilangan satu kerusi daripada pembangkang. 

Kali ini, Johnichal Rayong bertanding atas tiket SUPP, menentang calon PKR Marudi @ Barudi anak Mawong, Jimmy Simon Ma (bebas) dan calon SNAP Semijie Anak Janting.

N29 Batang Ai (Parlimen: Lubok Antu)

Nicholas Bawin Anak Anggat bertanding atas tiket SNAP dalam PR Sarawak 2006, kalah hanya dengan perbezaan 806 undi. Bagaimanapun, dalam PKR Batang Ai pada April 2009, BN berjaya menewaskan Jawah Gerang (KeADILan) dengan majoriti 1,850 undi. 

Kini, Nicholas Bawin pula bertanding dengan menyarung jersi PKR. PRS-BN meletakkan Malcom Mussen anak Lamon untuk mempertahankan kerusi ini. PRS-BN dijangka berdepan dengan pertarungan sengit, kononnya banyak janji yang ditaburkan ketika PKR Batang Ai 2009 belum dikota.

N70 Ba'kelalan (Parlimen: Lawas)

Baru Bian tewas dengan perbezaan hanya 475 undi dalam PR Sarawak 2006. Selain pengaruhnya di kalangan Kristian, Pengerusi PKR Sarawak ini juga seorang peguam yang banyak mengendalikan kes tanah adat. Baru Bian pernah dijulang sebagai Ketua Menteri di laman sosial Facebook, seandainya Pakatan Rakyat berjaya memerintah di Sarawak. Beliau berdepan dengan calon SPDP-BN, Willie Liau.

N39 Repok (Parlimen: Sarikei)

SUPP menang dengan majoriti 576 undi dalam PRN Sarawak 2006. Kali ini, DAP meletakkan calonnya Wong Hua Seh untuk bertembung dengan David Teng Lung Chi.

N48 Pelawan (Parlimen: Sibu)

SUPP menang dengan majoriti 263 undi dalam PRN Sarawak 2006 di kawasan yang terdiri daripada 90% pengundi Cina ini. Bagaimana pun, DAP memperolehi lebihan 3,491 undi daripada kawasan ini dalam PRU 2008, untuk kerusi parlimen Sibu. Dalam PRK Sibu 2010, DAP melebarkan jurangnya dengan SUPP, apabila meperolehi 5,469 undi, mengatasi SUPP. Calon DAP David Wong K Woan akan berdepan dengan calon SUPP-BN, Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP).

N47 Bawang Assan (Parlimen: Sibu)

Timbalan Setiausaha SUPP Wong Soon Koh menang dengan  majoriti 2,504 undi dalam PRN Sarawak 2006. Bagaimana pun undi majoritinya menunjukkan pola penurunan, jika dilihat kepada keputusan PRU 2008 (tinggal majoriti 1,458 undi) dan PRK Sibu 2010 (866 undi). Kali ini, Wong berdepan calon DAP Alice La Kiong Yieng.

N46 Dudong (Parlimen: Lanang)

SUPP menang dengan majoriti 408 undi dalam PRN Sarawak 2006. Kali ini, SUPP meletakkan ahli parlimen Lanang, Tiong Thi King untuk mempertahankan kerusi ini, berdepan dengan cabaran Yap Hoi Liong.

N 43 Ngemah (Parlimen: Kanowit)

Kerusi ini dimenangi calon bebas Adeh Ak Denong dengan major 549 undi dalam pertandingan tiga penjuru bersama calon PRS dan SNAP. Bagaimana pun, Adeh Ak Denong menyertai BN selepas menang dalam PRN Sarawak 2006. PKR meletakkan calonnyn Aris anak Alap, berdepan dengan Alexandar Vincent dari PRS-BN Adeh Ak Denong dari PCM, Yakup Khalid (bebas) dan Micheal Anak Lias dari SNAP.

N 57 Belaga (Parlimen: Hulu Rajang)

Kerusi ini dimenangi calon PRS-BN Liwan Lagang dengan majoriti 227 undi, dalam pertandingan tiga penjuru yang melibatkan calon SNAP John Bampa dan calon bebas Stanley Ajang Batok dalam PRN Sarawak 2006. Stanley memperolehi 1,628 undi dan John Bampa memperolehi 912 undi. Dengan kata lain, jumlah undi kedua-dua calon ini melebihi jumlah undi yang diperolehi calon BN. Lingkungan kawasan Dun Belaga merangkumi Sungai Asam iaitu tempat kediaman kira-kira 10 ribu penghuni yang dipindah kerana pembinaan Empangan Bakun.

Kali ini, 6 calon mengambil bahagian dalam pertandingan Dun Belaga, iaitu penyandangnya Liwan Lagang, calon PKR Basa Kesing @ Ali Basah Kesing, calon SNAP John Bampa @ Tusau dan wakil PERS Michael Jok dan dua orang calon bebas Matthew ak Munan dan Kenneth Adan Silek.

Ada beberapa kerusi yang menjadi tumpuan umum, meskipun tidak semestinya dirampas dari tangan BN. Antaranya:

N51 Balingian (Parlimen: Mukah)

Pada tahun 2006, Abdul Taib Mahmud memenangi 6,393 undi sementara calon Ibrahim Bayau dari PKR hanya memperoleh 667 undi. Ketua Menteri yang memerintah untuk 30 tahun Sarawak ini dijadikan sasaran dalam PRN Sarawak 2011, berikutan tempoh pemerintahannya yang terlalu lama, malah terpalit dengan tuduhan rasuah, sebagaimana yang dibongkarkan media dan pembangkang. 

PKR meletakkan Suriati Abdullah untuk menentang beliau, pada yang sama beliau juga dicabar oleh sepupunya, Salleh Jafaruddin yang juga bekas Timbalan Menteri Pelajaran.

N13 Batu Kawah (Parlimen: Stampin)

Meskipun menang dengan majoriti 4,180 undi pada tahun 2006 namun kerusi Dun ini merupakan satu-satunya kawasan majoriti Cina yang masih dipertahankan SUPP di Kuching. Penyandangnya, Tan Joh Phoi dari SUPP berdepan dengan cabaran Christina Chiew Wang See dari DAP.

N63 Piasau (Parlimen: Miri)

Kerusi yang dimenangi Presiden SUPP George Chan dengan majoritin 3,918 undi. Beliau berdepan dengan cabaran Ling Sie Kiong dan DAP.

N64 Pujut (Parlimen: Miri)

SUPP menang dengan majoriti 1,370 undi dalam PRN Sarawak 2006. Chia Chu Fatt meraih 55.5% undi popular, namun undi popular menurun 8.8% di kawasan ini untuk BN dalam PRU 2008 (Parlimen Miri). Dalam PRN Sarawak 2011, Chia Chu Fatt akan berdepan dengan Fong Pau Teck.

Dua kerusi yang bahaya untuk Pakatan Rakyat

N 11 Batu Lintang (Parlimen: Stampin)

Kerusi DUN ini dimenangi calon DAP dalam PRN Sarawak 2006 dengan majoriti 3,407 undi. Bagaimanapun, kerusi ini ditukar dengan DUN Padungan, untuk menyelesaikan pertikaian antara DAP dengan PKR. Dengan rombakan tersebut, Voon Lee Shag dari DAP dan Dominique Ng dari PKR tersingkir dari senarai calon. Kini, kerusi ini ditanding oleh See Chee How dari PKR bersama Sih Hua Tong (SUPP-BN), dan Soo Lina (Bebas). Soo Lin dilihat sebagai penyokong Dominique Ng.

N 9 Padungan (Parlimen: Bandar Kuching)

Satu-satunya kerusi DUN yang dimenangi PKR dalam PRN Sarawak 2006, dengan majoriti 1,417 undi. DAP diberi laluan untuk bertanding di kawasan ini, dan PKR sebaliknya bertanding di Dun Batu Lintang. Keputusan ini mencungkil ketidakpuasan penyandangnya, Dominique Ng, yang bertanding kali ini sebagai calon bebas. Beliau berdepan dengan Sim Kiang Chiok dari SUPP dan Wong King Wei dari DAP. Demikianlah menurut kajian Merdeka Review.

Video Wartawan Jamban


Berikut adalah video yang tidak ditayangkan sepenuhnya oleh Media Prima, Blogger UMNO dan pihak-pihak pencacainya. Di sini memaparkan kisah sebenar tugas seorang wartawan yang baru menjadi wartawan pencacai jam Omega 8TV.

Ketika sidang media berlangsung, kebanyakkan soalan yang ditujukan berkaitan pilihan raya di Sarawak dan tiba-tiba datang wartawan dari 8TV bertanyakan soalan jam Omega. Apa kaitan jam Omega dengan sidang media berkaitan dengan Pilihan raya?

Nasib baik beliau tidak dihalau oleh Dato Seri Anwar. Kita akan saksikan sedutan video penuh yang tidak ditunjukkan oleh RTM, TV3 tetapi dalam Utusan pencacai sudah keluar pasal video tu.

Bubar DUN: Negeri Pakatan ikut Jejak Selangor


PAS Selangor berharap kesemua kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) akan ikut langkah Selangor yang memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika pusat memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum Mac 2012.

Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, pihaknya yakin langkah itu akan membolehkan ‘risiko’ jentera Barisan Nasional (BN) bertumpu di Selangor dapat dielakkan.

“Pendirian PAS Selangor ialah negeri-negeri lain, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan akan bubarkan DUN serentak dengan Selangor selepas Mac 2012... jika ini dilakukan, kita boleh mengelakkan jentera BN hanya tumpu di satu negeri,” kata beliau kepada The Malaysian insider.

Katanya, PAS selari dengan pendirian yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Jumaat lalu bahawa DUN Selangor tidak akan dibubarkan sebelum 2012.

“PAS pun merasakan tempoh selepas Mac 2012 adalah sesuai kerana empat tahun selepas pilihan raya umum 2008, dan kita boleh menunjukkan hasil pentadbiran kerajaan di bawah Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

Khalid berkata DUN Selangor tidak akan dibubarkan tahun ini walaupun kerajaan pusat bertindak membubarkan Parlimen.

Abdul Khalid berkata, beliau hanya akan membuat keputusan sama ada untuk membubarkan DUN selepas Mac 2012 kerana mandat kerajaan negeri sekarang hanya akan berakhir pada 2013.

“Ada desas-desus bahawa Kerajaan Persekutuan juga sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 lebih awal daripada tempohnya,” katanya.

Khalid dipetik berkata, keputusannya untuk tidak mengikut jadual pilihan raya kerajaan persekutuan kerana di bawah sistem persekutuan, negeri mempunyai hak dan kedaulatan untuk menentukan tarikh DUN akan dibubarkan seperti yang dilakukan Sarawak.

“Ia beri saya satu tempoh kira-kira setahun. Kini kita boleh nilai keberkesanan program kita,” kata Menteri Besar.

Tahun lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata beliau berharap kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan mempertimbangkan kepada soal risiko tumpuan jentera pilihan raya BN jika memutuskan untuk mengadakan pilihan raya berasingan.

Pakatan Rakyat juga menerajui kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang.

Roslan Shahir berkata bagaimanapun pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya peringkat Parlimen jika BN memutuskan untuk memanggil pilihan raya awal.

“Kami, PAS sudah menggerakkan jentera pilihan raya sejak Januari lalu. Kalau diadakan pilihan raya Parlimen awal, kami pun sudah bersedia,” katanya.

M/insider

Drama Kehidupan: Antara Realiti dan Fantasi


Rupanya drama kehidupan juga ada dua darjat: satunya fantasi dan satunya realiti. Saban hari kita menyaksikan pelbagai peristiwa yang mewarnai perjalanan hidup individu, keluarga, masyarakat, Negara mahupun dunia. Ia ibarat menyaksikan drama-drama kehidupan manusia yang pelbagai ragam dan bermacam agenda beraksi di atas pentas yang fana atau maya ini.

Seperti menyaksikan program drama di kaca TV ia mungkin menghiburkan, melekakan dan juga boleh mengalihkan tumpuan kita daripada drama kehidupan realiti yang sedang berlaku di depan mata.

Kadangkala kita tidak dapat membezakan atau dapat menilai yang mana lebih penting untuk diberikan tumpuan kerana lazimnya drama fantasi lebih menarik daripada drama realiti.

Maksud saya di sini ialah apabila kita dipertontonkan peristiwa video lucah hasil usaha Tiga Datuk dan bukannya Tiga Abdul menjadi contoh bagaimana satu fantasi sedang cuba dijadikan realiti untuk politik jahat dan lucah. Segala adab dan juga prinsip agama yang melarang mengaibkan seseorang dan membuat tuduhan fitnah dengan tidak dirujuk kepada mahkamah syariah menjadikan ia lebih sensasi.

Diharap pihak yang berkuasa akan menyiasat dan mengheret pesalah yang telah melakukan kesalahan di bawah undang-undang menerusi video lucah dipertontonkan ke muka keadilan. Ini belum lagi dihisab di Padang Ma’shar yang tentunya memperlihatkan kebenaran sejelas-jelasnya di sebalik drama ini.

Jika kita lihat beberapa drama bertemakan unsur ketakutan dan perpecahan seperti isu novel Interlok, isu kitab injil penganut Kristian dan isu perkauman; semuanya menggambarkan betapa jahatnya tujuan penulis-penulis skrip drama ini. Ia bukan menghiburkan tetapi menjelikkan lagi meresahkan jiwa penonton. Sebenarnya semua drama ‘seram’ ini hanya untuk mengalihkan perhatian dan pandangan rakyat daripada isu-isu dasar yang penting untuk masa depan negara.

Sepatutnya kita dipertontonkan drama-drama penuh patriotisme yang menampilkan wira-wira politik dan bukan lanun-lanun politik menggunakan segala jentera dan institusi kerajaan untuk kepentingan kelompok. Seperti lanun-lanun Somalia yang merompak harta orang lain kita juga mesti sedar wujudnya lanun-lanun politik yang merompak hak rakyat di peti undi dengan pelbagai muslihat seperti menggunakan pelakon pengundi hantu, pemindahan pengundi penyokong ke kawasan panas, penggunaan undi pos yang tidak ditawarkan pula kepada beratus ribu rakyat di luar negara, waktu berkempen yang pendek dan kerenah sama waktu dengannya.

Sepatutnya kita dipertontonkan drama-drama penuh inspirasi bagaimana semua rakyat ada peluang untuk membina kekayaan ekonomi secara saksama, tetapi sebaliknya kita ada drama harga barang naik, drama subsidi rakyat dipotong manakala subsidi kroni dikekalkan dan yang patut diberikan perhatian ialah drama aksi lanun-lanun ekonomi yang menggunakan segala kelebihan jentera kerajaan untuk kekayaan kelompok sahaja. Barulah kita faham maksud dialog drama lanun, “satu untuk awak (rakyat), sejuta untuk saya (lanun ekonomi).” Semuanya bertambah lucu, apabila tontonan program transformasi kerajaan mempersembahkan statistik maha hebat, seolah-olah Malaysia bebas rasuah, jenayah, hatta kemiskinan tegar sekalipun.

Sepatutnya kita dipertontonkan drama-drama penuh harapan dan yang mengangkat martabat negara dan darjat pemimpin semua. Bayangkan adanya drama yang menyaksikan satu debat perdana penuh sopan atau regu berakhlak mengenai dasar-dasar kerajaan dan pembangkang untuk rakyat membuat pilihan berilmiah demi masa depan anak bangsa. Bayangkan pertembungan idea berlangsung dalam drama pembangunan sebuah negara yang bebas daripada rasuah, pembaziran, fitnah dan segala bentuk salah guna kuasa - hanya berkisar tentang dasar mana paling menguntungkan rakyat.

Sepatutnya rakyat menjadi penulis skrip yang penuh harapan dan inspirasi demi membina Malaysia lebih baik untuk semua. Jangan biarkan lanun-lanun politik dan ekonomi terus menulis skrip drama-drama yang penuh ketakutan dan kerugian.

Kesimpulannya, sudah tiba masanya untuk rakyat memilih dengan bijak drama mana seharusnya terus dipersembahkan; yang bercelaru dan mungkin memusnahkan negara, atau drama berkisar realiti yang membina tapak ke arah pembangunan negara sebenar.

Oh hidup di Malaysia penuh drama!

Nurul Izzah Anwar

Malaysia Juga Terkena Tempias Gempa Bumi



Kajian mendapati Malaysia akan turut berisiko menerima tempias gegaran dari semasa ke semasa sekiranya bencana alam yang teruk berlaku di Sumatera, Pulau Jawa dan Filipina.Walaupun negara ini tidak termasuk dalam Lingkaran Api Pasifik namun fenomena itu diakui oleh Jabatan Mineral dan Geosains sendiri melalui kajian yang dilakukan.

Jika gempa bumi melanda Sumatera, sebahagian kawasan di Semenanjung Malaysia akan terasa gegaran manakala Sabah dan Sarawak pula menerima kesan sama jika bencana itu berlaku di Filipina.Kepingan tektonik bumi dan titik gempa di negara ini dalam keadaan solid (kukuh) berbanding negara lain yang sentiasa aktif.

Namun negara ini tidak akan terlepas merasai gegaran sama ada kuat atau sedikit akibat tempias daripada kedua-kedua negara itu dan ia bergantung kepada skala di mana titik gempa di dua negara itu sama ada cetek atau dalam.

Kenali Datuk T


Sebaik sahaja skandal video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan Isnin lalu, tumpuan orang ramai adalah siapakah dalang di sebalik pita itu.

Walaupun pelbagai nama dikemukakan, namun tugas mengenali mereka semakin mudah apabila pada pagi Rabu lalu, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah adalah mereka di sebalik video itu.

Beberapa jam selepas itu, Rahim dan Eskay pula tampil dan mendakwa mereka bersama bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim adalah 'Datuk T' yang bertanggungjawab di sebalik semua pendedahan itu.

Shazryl Eskay Abdullah (Ahli Perniagaan)

Eskay, 51, dari Naka, Kedah, adalah seorang ahli fisioterapi yang pernah bekerja di Amerika Syarikat dan berkhidmat dengan sebuah pasukan di liga football negara itu dan juga pasukan kebangsaan mereka.

Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat dengan Persatuan Badminton Malaysia dan kini adalah seorang pengarah Aman Agropreneurs Sdn Bhd.

Pada 2005, beliau dilantik oleh Raja Thai sebagi konsul kehormat negara itu ke Malaysia di Langkawi bagi mewakili kepentingan rakyat Thai dan menjaga hubungan baik kedua-dua negara.

Sepanjang tahun 2006 hingga 2007, Eskay dan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai orang tengah bagi menyelesaikan konflik di selatan Thai yang dikenali sebagai Rundingan Damai Langkawi.

Sepanjang tempoh 2008 hingga 2011, beliau dilantik sebagai pengerusi kehormat konsular kor di Malaysia.

Namun, ahli perniagaan itu yang juga pernah merawat sakit tulang belakang Anwar, mencuri tumpuan awal bulan ini berikutan saman RM20 jutanya ke atas Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pengarahnya, Datuk Yahya A Jalil.

Fokus ke atas Eskay semakin menyerlah minggu ini, apabila beliau mengakui sebagai sebahagian daripada anggota kumpulan Datuk T bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim yang berperanan dalam pendedahan video lucah itu.


Rahim Tamby Chik (UMNO)

Rahim adalah bekas ketua menteri Melaka dan pernah dilantik sebagai ketua pemuda Umno. Beliau pernah diberi pujian kerana dikatakan berjaya membangunkan Melaka daripada terus dibuai mimpi sebagai sebuah negeri mundur.

Beliau juga bertanggungjawab memindahkan pentadbiran negeri daripada kota Melaka ke Ayer Keroh.

Semua ini, sebelum beliau bersara daripada semua jawatan politik berikutan dakwaan terbabit merogol seorang gadis sekolah di bawah umur. Rahim telah menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Anwar adalah dalang di sebaliknya.

Anwar bagaimanpun menafikan terbabit dengan pemecatan Rahim.

Beliau juga adalah dalam kumpulan Wawasan yang bersama Anwar, Najib Razak dan Muhyiddin Yassin yang menamatkan kerjaya politik timbalan perdana menteri ketika itu, Tun Ghafar Baba.

Shuib Lazim (PERKASA)

Sebelum dilantik sebagai bendahari PERKASA, Shuib adalah seorang senator dan ahli parlimen Sungai Petani. Beliau berasal dari Sungai Petani dan adalah juga bapa saudara kepada MP Sungai Petani ketika ini, Johari Abdul.

Beliau juga adalah bapa mertua kepada naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal. 

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali pernah dilaporkan berkata Shuib telah memaklumkan kepadanya hasrat beliau ingin berundur sebagai bendahari.

Meskipun didakwa sebagai anggota ketiga kumpulan Datuk T, Johari mempertahankan bapa saudaranya dan berkata beliau tidak percaya yang Anwar adalah lelaki dalam video seks itu.

Rasuah Rakyat Untuk Menang


Ucapan tahniah dan  syabas  kepada MP Jerai, Mohd Firdaus Jaafar kerana keberanian, kepekaan dan keprihatinannya  membuat pertanyaan  di Dewan Rakyat  bertanyakan Perdana  Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak  tentang jumlah  perbelanjaan  kerajaan  melaksanakan  projek-projek segera sepanjang pilihanraya  kecil  Dun Tenang di Johor pada Januari lalu.

Jawapan bertulis PM menyenaraikan  85 program  projek segera  telah dilaksanakan  sepanjang  kempen  lebih seminggu  pilihanraya  kecil Dun Tenang dengan memakan belanja RM5.968 juta. Peruntukan di bawah peruntukan khas PM itu dibelanjakan atas permintaan rakyat setempat  terdiri dari  pertubuhan bukan  kerajaan (NGO), persatuan penduduk, Rukun Tetangga dan sebagainya.

Jawapan itu juga  menyebut bahawa  peruntukan itu  termasuk dalam belanjawan 2011. Inilah hakikat  yang  menyebabkan Umno-BN terus dapat mengekalkan kerusi  Dun Tenang dan mengekalkan kuasa  pemerintahan   setiapkali  pilihanraya  sejak  1959, pilihanraya pertama selepas  merdeka 1957.

Pada mata kasarnya, perbelanjaan ini dibelanjakan atas kehendak dan permintaan  rakyat, tetapi jika dibedahsiasat secara halus, ia adalah suatu  cara untuk  memenangi hati nurani rakyat terutama pengundi untuk mengundi calon Umno-BN dengan  merasuah rakyat  dengan projek-projek  segera ini.

Tanpa adanya pilihanraya kecil  tentu tiada projek  segera akan dilaksanakan. Perbelanjaan  sebanyak   hampir  RM6 juta  itu  memasuki  kantung-kantung  kontraktor-kontraktor Umno BN yang kehausan projek, ketua-ketua cawangan, ketua-ketua bahagian dan suku-sakat mereka. Akhirnya  rakyat mengigit jari, menerima  hampas-hampas yang tinggal, kerana santannya  telah dibolot  oleh mereka yang berpengaruh  di peringkat cawangan dan bahagian.

Sebab itulah  projek yang dilaksanakan  kalau dalam bentuk bangunan, bangunan  akan runtuh kerana pembinaan  tidak mengikut spefikasi, kerana kontraktor orang Umno hanya  berminat   untuk mengaut keuntungan yang berlebihan  dari  menjaga kepentingan rakyat. 

MP Md Firadus, sebagai pengarah  pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat, telah membuat  kerja rumahnya  dengan  membuat pertanyaan  sedemikian. Soalan itu  mungkin  diletak  di nombor-nombor  yang  terakhir bagi mengelakkannya  menjadi  soalan lisan  yang apabila dijawab akan  memberi  ruang untuk pertanyaan tambahan yang  akan menghagatkan lagi   persidangan  Dewan Rakyat. Oleh kerana  soalan itu tersenarai jauh, maka  apabila  waktu  yang diperuntukkan  untuk soalan  lisan  berakhir, soalan berbaki akan hanya  menerima jawapan bertulis.

Dianjurkan supaya  soalan-soalan seperti ini, yang mungkin bagi  sestengah pihak menganggapnya remeh  perlu mendapat perhatian dan diasak oleh MP-MP Pakatan bagi mengetahui sejauh mana  ketelusan kerajaan dalam berbelanja  dan jumlah  projek segera dan perbelanjaan yang dibelanjakan  bagi  merasuah rakyat dalam pilihanraya-pilihanraya  negara ini baik pilihanraya kecil atau pilihanraya  umum.

Tanyakan juga  jumlah program projek segera dan belanja  yang  dibelanjakan  dalam  tiap-tiap satu  pilihanraya kecil  yang sehingga  ini telah  16 kali diadakan sepanjang  tiga tahun  lalu. Dalam pilihanraya kecil yang dimenangi  Pakatan  sebanyak lapan kali, sebanding dengan  yang dimenangi  Umno-BN,mungkin perbelanjaan  rasuah yang ditaburkan berlibatkali ganda. Rakyat perlu mengetahuinya.

Kalau dalam satu pilihanraya kecil  perbelanjaan  kempen projek  segera berjumlah hampir   RM6juta, maka bagaimana pula  dengan pilihanraya  umum, tentulah belanja  dalam  jumlah  puluhan atau ratusan juta wang  rakyat di belanjakan  untuk  menjamin  kekuasaan berterusan  parti pemerintah.

Perbuatan merasuah  rakyat  untuk mendapatkan undi bagi menjamin kuasa pemerintahan berterusan  adalah  satu cara yang tidak berakhlak  yang perlu  dihentikan  segera. Suruhanjaya  Pilihanraya  (SPR) perlu bertindak mencegahnya dan  SPRM hendaklah  bertegas dengan adil bagi  menamatkan keadaan ini dari berlarutan  bagi menjamin proses demokrasi  berjalan mengikut landasan yang adil dan bersih dan bukannya  mengikut  padang permaianan tidak setara dan samarata yang akan  membantut  kesuburan demokrasi  negara ini.

Sudah  12 kali pilihanraya dan akan menjelang pilihanraya ke-13 akan datang, sewajarnya  proses demokrasi makin sihat dan subur, bukannya tambah pincang dan  membantutkan penuh dengan ketidakadilan dan penyelewengan  serta rasuah.

Kerajaan sebagai pemerintah yang diberi mandat oleh rakyat berhak  untuk membela  rakyat  dan mengadakan  projek-projek pembangunan untuk rakyat tetapi bukan melaksanakan  projek segera setiap kali  menjelang pilihanraya, apalagi semasa kempen  pilihanraya sedang berjalan. Rakyat  boleh sahaja  menerima projek, tetapi bukan semasa kempen pilihanraya,kerana ia adalah  salah satu  bentuk rasuah.

Kerajaan mempunyai masa lain  sepanjang tempuh mandat lima tahun untuk melaksanakan projek untuk rakyat. Jika  projek segera  dilaksanakan  semasa  kempen pilihanraya,maka ia adalah  testimoni  satu perlakuan  rasuah. Memberi projek segera untuk mendapatkan pulangan supaya pengundi memberi  undi,adalah satu perbuatan rasuah terang-terangan. Seadilnya,tiada projek segera dilaksanakan untuk rakyat semasa kempen pilihanraya. Cukuplah dengan manifesto yang meliputi dasar dan program parti  yang bertanding, jika diberi kuasa memerintah.  

SPR perlu mengadakan  peraturan  larangan  terhadap  perlakuan rasuah secara halus ini. SPRM pula  perlu  menghentikannya, kerana ia  perbuatan yang tidak sihat untuk proses kematangan demokrasi  di negara ini.

Jawapan  bertulis PM merupakan program projek segera yang dilaksanakan  semasa kempen pilihanraya. Apa pula pemberian-pemberian  dalam bentuk lain secara langsung atau tidak langsung  kepada  pengundi  individu atau berkelompak yang tidak pula  diketahui  jumlahnya. Inilah hakikat  dan anasir  tidak sihat dalam  proses demokrasi pilihanraya  negara ini.

Undi dibeli  dengan wang ringgit. Pihak yang mempunyai peruntukan perbelanjaan yang besar dan tiada hadnya  akan  mampu  membeli undi dan calun-calun Pakatan yang tidak mempunyai  kewangan yang cukup dan sangat terbatas  akan  berhadapan  untuk  menyaingi  calun parti pemerintah dalam padang  permainan demokrasi yang tidak  setara dan samarata.

MP-MP pakatan pembangkang  perlu mengusulkan  pertanyaan  untuk  jawapan lisan  berapakah jumlah  peruntukan  projek segera yang dibelanjakan dalam pilihanraya-pilihanraya kecil Galas, Kerdau, Merlimau, dan lain-lain yang dimenangi  Umno-BN dan berapa pula  perbelanjaan yang dihabiskan  dalam pilihanraya kecil  yang dimenangi  Pakatan. Dari perangkaan-perangkaan ini akan  dapat  dibuat analisis betapa demokrasi pilihanraya negara in dibelenggui dan diselubungi ketidakadilan.

Walaupun  setiap calon  perlu menghantar penyata  perbelanjaan pilihanraya   masing-masing selepas   pilihanraya, tetapi angka-angka sebenar yang tepat tidak akan diketahui dan diperolehi umum secara  jujur  kerana ia telah dimanipulasi  begitu rupa akibat tiadanya ketelusan  dan integriti  SPR sebagai agensi  pelaksana   pilihanraya  negara ini.

Sebelum pilihanraya ke-13 berlangsung, parti-parti dalam Pakatan  perlulah  melakukan  desakan dan agitasi politik mendesak SPR melakukan perubahan dan reformasi  bagi  menjamin  ketelusan  dan pilihanraya yang berwibawa kerana tanpa  pilihanraya berkredibiliti, risiko  penyelewengan  sangatlah  besar.

Apabila rakyat tidak mempunyai keyakinan terhadap agensi pelaksana pilihanraya seperti SPR dalam  mengendalikan  pilihanraya  maka  tindak balas rakyat  akan merugikan semua pihak. SPR  perlu dilihat berkecenderungan  untuk  mengadakan  suatu pilihanraya  yang seadil-adilnya bagi menjamin  kesinambungan  proses demokrasi  tulen di  negara ini.

Masalah Industri atau Masalah Negara


Dua syarikat automotif negara, Proton Holdings Bhd. dan Perusahaan Automobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), jika digabungkan akan dapat mengatasi masalah struktur dalam industri automotif tempatan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kajian oleh Institut Automotif Malaysia (MAI) itu menunjukkan industri automotif tempatan akan menjadi lebih berdaya saing dan mampu menembusi pasaran luar negara sekiranya masalah struktur itu dapat diatasi.

Melalui penggabungan itu katanya, masalah struktur seperti kenaikan kos tetap dapat dikurangkan dengan peningkatan pengeluaran penggunaan kapasiti.

"Kos komponen yang tinggi juga dapat dikurangkan melalui program pembangunan vendor dan sistem perolehan berskala besar,” katanya semasa menjawab pertanyaan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang mahu tahu rumusan daripada kajian penggabungan Proton dan Perodua pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

p/s: Betul ke masalah industri atau bidang aotomotif negara sudah mencapai kerugian? Dalam UMNO/BN tiada istilah rugi sebaliknya terma yang diguna ialah  penstrukturan semula, masalah industri, penjimatan dan banyak lagi untuk membodohkan rakyat seperti mereka

Siapa Ahli Parlimen Pembangkang Yang Melakukan Seks Ini?


Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.
Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.

Sementara itu, akhbar the Star melaporkan bahawa klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa seorang pemimpin pembangkang, yang juga seorang ahli parlimen, sedang melakukan pelbagai aksi seks.

Menurut akhbar tersebut, video itu yang dirakamkan pada 21 Februari, ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.

Menurut the Star, wakil media dibawa ke sebuah bilik hotel untuk menyaksikan video tersebut yang ditayangkan oleh satu kumpulan yang tidak dikenali, yang diketuai oleh seorang yang mahu dikenali sebagai Datuk T.

Akhbar itu juga melaporkan Datuk T berkata beliau mahu pihak media menonton video membabitkan ahli politik berkenaan sebelum menghantar salinan kepadanya dan isterinya “untuk mengenal pasti orang dalam video” tersebut dalam tempoh seminggu dari sekarang.

Katanya, jika individu dalam video tersebut adalah ahli politik yang dikenalpastinya kepada media, "maka beliau dan isterinya mesti berundur dari politik."

Datuk T berkata jika mereka tidak berbuat demikian, beliau akan meminta beberapa NGO menubuhkan sebuah panel bebas untuk menyiasat dan mendapatkan khidmat forensik profesional untuk mengkaji ketulenan rakaman tersebut.

Datuk T mendakwa beliau telah terjumpa video selepas dia diminta oleh ahli politik berkenaan untuk mencari jam tangannya dalam bilik itu - tempat aksi seks itu berlaku.

PKR Mahu Tempoh Kempen 21 Hari


Pakatan Rakyat (PR) sudah siap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini. 

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, PR menjangka pilihan raya Sarawak akan diadakan lebih awal dan sentiasa bersiap sedia untuk berhadapan dengan Barisan Nasional (BN). 

“Kami menyambut baik keputusan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengundur diri dan membubarkan DUN Sarawak lebih awal,” katanya. 

Bagaimanapun menurutnya, PR kini lebih fokus dalam menyelesaikan isu yang membabitkan pengagihan kerusi kepada parti komponennya termasuk Parti Nasional Sarawak (SNAP) untuk berhadapan dengan BN dalam pilihan raya itu. 

“PKR akan berunding dengan parti komponen lain agar masalah pertikaian pembahagian kerusi yang dipertandingkan selesai secara baik. 

“Kami mahu berunding dengan SNAP dan yakin ianya dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya. 

Menurutnya, jika pertandingan tiga penjuru berlaku membabitkan PR, BN dan SNAP, ia dilihat lebih menguntungkan BN. 

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menimbangkan tempoh berkempen yang lebih panjang iaitu 21 hari bagi pilihan raya itu memandangkan faktor geografi dan kedudukan kawasan luas. 

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, Pas berharap isu pertikaian kerusi akan dipertandingkan parti komponen PR dan SNAP dapat diselesaikan. 

Beliau turut berharap SPR dapat memastikan tiada halangan yang dikenakan kepada pemimpin PR masuk ke Sarawak untuk berkempen dalam pilihan raya terbabit.