Shafie Apdal Cemburu Dengan Pelajar Terlibat Politik


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga merangkap Naib Canselor UniKL berasa kecewa apabila ramai mahasiswa terlibat politik terutamanya yang menyokong Pakatan Rakyat. Beliau kesal kerana mahasiswa tidak meyokong Barisan Nasional yang sudah dianggap uzur seperti parti dari Jepun iaitu LDP.

Bagi beliau, hanya menyertai Barisan Nasional boleh menyertai politik dan jika mahasiswa menyokong Pakatan Rakyat maka beliau tidak benarkan. Beliau menganggap mahasiswa yang menyokong Pakatan Rakyat adalah mahasiswa yang bijak manakala yang menyokong Barisan Nasional ialah mahasiswa seperti lembu dicucuk hidung.

Mengenai penuntut IPT tajaan Yayasan Pelajaran Mara, beliau berkata Mara akan sentiasa melakukan pemantauan dan memastikan mereka mendapat pekerjaan yang sesuai selepas menamatkan pengajian mereka di universiti. 

Banyak peluang ditawarkan kepada mereka, antara bidang yang boleh diceburi bakal graduan kelak ialah membabitkan diri dengan industri perikanan dan pertanian di luar bandar yang dapat memberi pulangan hasil yang lumayan.

Boleh percaya ke dengan Shafie Apdal? Bukankah ramai pelajar masih yang menganggur terutamanya yang lepasan diploma dan ijazah. Manakah peluang pekerjaan untuk mereka? Walaupun mereka menyokong Barisan Nasional, mereka tetap menganggur.


0 Responses So Far: