Perlawanan Dibatalkan


Peminat bola sepak malam ini hampa kerana tiada siaran langsung yang melibatkan perlawanan Olimpik Bawah 23 tahun antara Pakistan menentang Malaysia yang berlangsung di Pakistan selaku tuan rumah. Kekecewaan ini jelas tergambar di raut wajah peminat setia terutamanya yang tidak memliki Astro dan mengharapkan dari ihsan RTM.

Tindakan membatalkan siaran langsung itu juga dan memberi laluan kepada hiburan yang mana artis pada malam ini ialah Jamal Abdillah. Adakah pihak RTM telah dihalang penyiarannya dek rancangan bola sepak tempatan ini telah diambil penyiarannya oleh Astro.

Peminat yang tidak mempunyai Astro pastinya hampa bukan kerana untuk siaran kelayakkan Olimpik Bawah 23 tahun ini sahaja tetapi untuk perlawanan tempatan seperti Liga Super. Semenjak penyiaran bola sepak berpindah tangan dari penaja sebelum ini TM (Telekom Malaysia) kepada penaja baru Astro.

Diharapkan penyiaran perlawanan tidak terlalu "demand" sehinggakan melunturkan semangat penyokong yang menyaksikan kebagkitan pasukan bola sepak negara yang kian meningkat setelah menjuarai Piala Suzuki AFF sebelum ini. Sokongan penonton juga penting dan jangan ingat kejayaan pasukan negara ditangan pemain sahaja tetapi penyokong adalah penambah kegemilangan bola sepak juga.


0 Responses So Far: